CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA,
Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dgn keIKHLASAN hati"

Love Letter from WiddlyTinks.com

Clock Widget

Wednesday, December 30, 2009

23/12/2009 Rabu

Tip Berterusan Mencari Kebahagiaan

ADA kalanya kasih sayang diuji dalam hubungan antara lelaki dan perempuan.
Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Hanya yang kuat, tabah dan tidak kenal erti putus asa akan menikmati kebahagiaan hingga ke akhir hayat perhubungan mereka.
Dalam soal memupuk kebahagiaan, ada pendapat mengatakan pasangan harus menempuh beberapa fasa dalam rumah tangga.

Berikut beberapa petua untuk pasangan mengekalkan kebahagiaan.
• Tunjukkan sayang terhadap isteri sama ada melalui kata-kata atau perbuatan seperti pelukan.
• Jauhi ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.
• Apabila terlalu marah, kawal diri anda. Beristighfar dan bersalawat serta berwuduk.
• Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami isteri memerlukan bimbingan suami dan memahami tiada sesiapa terlepas melakukan kesilapan.
• Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali saat manis dulu atau ajak isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancong ke tempat indah.
• Jangan merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.
• Jangan memuji wanita lain di depan atau belakang isteri.
• Hargai dan beri pujian kepada pengorbanan isteri.
• Bantu isteri melakukan kerja seharian di rumah seperti memasak dan mengemas.
• Fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan serta kesihatan isteri terutama ketika haid dan mengandung.
• Beri bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.
• Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.
• Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat suaminya.
Bagi mengeratkan lagi jalinan kasih, berikut adalah perisa untuk menambah kebahagiaan yang didamba.
• Bisikkan kasih sayang dari semasa ke semasa.
• Buktikan kasih sayang daripada suami seperti hadiah dan penghargaan, senyuman, perbualan mesra dan gurauan.
• Kerjasama mendidik anak, menyelesaikan masalah dan hal lain.

Monday, December 28, 2009

24/12/09 Khamis

Episod pertama di hari Krismas...



Kita orang pegi makan kat pizza hut, kat tampin ni itu aje yang paling best. Bos belanja makan free tak kisahlah apa pun...
Seronok juga pegi makan ramai2 ni, cuma aku 2 je orang melalyu kat situ.
Apa2 pun yg terpenting kita happy & enjoy.
Merry christmas to all everybody...



Time ni pun best, sebab bab ambil gambar semua nak menyibuk. Tengok tu baik yg kecil hingga ke besar pun suka ambil gambar...
Heboh satu opis kecoh semacam, nasib baik masa tu bos ada pun dia sporting.
Kalau tak alamat kena marahlah dengan bos sebab buat kecoh.
Maklumlah bos kita orang ni garang...



Takat ni aje hadiah yang ada. Santa Clause tak turun2 gak w'pun stokin dah pakai & dah gantung. Beli hadiah sendirilah nampaknya, mereka yang membeli hadiah pun kata paling minimum RM5.00. Taruklah dia orang beli macam2....

21/12/2009 Isnin

Salam...
Buat pertama kalinya aku mula membuat blog, aku teringin sangat nak berkongsi dengan kwn2 apa2 saja info & cerita mengenai aku....
Kalau korang kawan ada cerita & sesuatu yang ingin anda kongsikan apa salahnya. Kirimkan di: rocatun@yahoo.com

Selamat datang & selamat membaca.....

Look How Many People Are Visiting Right Now