CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA,
Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dgn keIKHLASAN hati"

Love Letter from WiddlyTinks.com

Clock Widget

Friday, July 2, 2010

02/07/2010 - Jumaat Tentang Kesabaran

Kisah ni aku ambil dr sebuah buku yg aku suka sgt baca.

Pada hari Ahad, 17 syawal, 545H. Syaikh rah.a.berkata :

"Ya Tuhan Kami, tuangkanlah kesabaran ke atas diri kami & or kafir."
(Q.s. Al-Baqarah : 250). Perbanyakkan pemberian-Mu kepada kami.Berilah kami rasa syukur atas pemberian itu.

Wahai Ghulam, bersabarlah. Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah bencana. Jarang sekali yang selamat darinya. Tidak ada satu nikmat pun kecuali di baliknya adalah bencana. Tidak ada kesenangan kecuali dibelakangnya adalah kesusahan. Tidak ada kelapangan kecuali di sebaliknya adalah kesempitan. Jalanilah hidupmu di dunia & ambillah bahagianmu dari-Nya dengan tanagan agama. Sesungguhnya agama merupakan ubat penawar dlm mengambil sesuatu dari dunia. Wahai Ghulam, ambillah bahagian dengan tangan agama, jika engkau mahu, & dengan tangan "perintah" jika engkau org khawas, serta dengan tangan "perbuatan" Allah s.w.t jika engkau telah whusul. Yang maha memerintah akan memerintah & mencegahmu serta "perbuatan" akan mengerakkan dirimu. Manusia itu terbahagi kepada 3 bahagian : awam, khawas & bertakwa, dia menaati agama, mengikut syariat & tidak berpisah dengannya.

0 comments:

Look How Many People Are Visiting Right Now